permohonan halal

Makanan merupakan keperluan asasi bagi manusia. Ia diperlukan oleh manusia, haiwan, tumbuhan dan hidupan lain demi kelangsungan hidup. Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu pembinaan rohani dan jasmani yang baik. Sebagai pengilang produk, kami berusaha mencari sumber yang halal dan merupakan kriteria utama dalam membuat pilihan makanan. Oleh itu, kami menyediakan khidmat permohonan halal bagi produk yang menepati syarat Halal yang telah ditetapkan oleh JAKIM.
Prosedur Permohonan
1. Semua permohonan sijil halal hendaklah dibuat secara online melalui sistem MYeHALAL.
2. Dokumen sokongan hendaklah diserahkan dalam tempoh (5) hari dari tarikh penghantaran permohonan online.Sekiranya gagal, permohonan akan ditolak secara automatik. Senarai dokumen sokongan ada di maklumkan di MYeHALAL.
3. Bagi permohonan pembaharuan, permhonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sijil halal.
4. Permohonan yang tidak berserta dengan dokumen sokongan yang lengkap secara automatik akan ditolak oleh sistem e-halal.
5.Permohonan yang lengkap akan menerima surat yuran pensijilan.
6. Yuran pensijilan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari. Sekiranya lewat, permohonan akan ditolak.
Anda boleh klik DI SINI. mengetahui lebih lanjut mengenai Keperluan dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.